Kegagalan Kehamilan Kedua

Assalamualaikum pembaca blog Supplement Ibu Lina hari ini mahu kongsi kisah hidupku yang buat diriku lebih matang dan ada satu nota baru di tahun baru 2018. Namun entry ini agak panjang sekadar berkongsi pengalaman hidup saya sebagai Seorang Ibu.

Saya sudah bersedia untuk anak kedua tapi saya tidak sangka rezeki secepat ini, secara jujurnya kesibukan kerja saya selama bulan November dan Disember sangatlah tahap dewa-dewi, sehinggakan sale Shaklee saya kurang dan saya hilang sabtu dan ahad untuk memenuhi kehendak operasi Kementrian Kesihatan Malaysia iaitu memeriksa ke semua Distribution Board ke semua hospital di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Kota Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Tawau & Semporna).





DB Declaration 7 Hospital Pantai Timur


Pada 17.12.17 - 20.12.17 saya berada di area Tawau, Kunak dan Semporna. Saya suda menjangkakan akan ada masalah pergerakan kerja hakiki kerana masa itu bulan mengembang (period). Siap sedia sudah bawa Pad & UTP dalam perjalanan ke Tawau. 

Terbang dari Sandakan ke Tawau



MENGETAHUI SAYA HAMIL

Menjadi kebiasaan saya yang merancang sendiri ini yang membuatkan saya akan buat ujian UTP sekiranya lambat 2 hari period. Hasilnya negetif dan saya tinggalkan UTP itu di tandas hotel kerana pergerakan saya seawal pagi memandu dari Tawau ke Hospital Kunak. Balik dari Hospital Kunak jam menunjukkan 7 malam bersiap-siap untuk mandi dan Jamak Solat macam tidak percaya ada samar-samar pada line kedua. 

UTP line kedua samar-samar


Tidak tahu mau cakap apa, yang penting saya sangat exited. Gambar UTP ni bagi suami, dia kata mungkin belum pasti kita tunggu lagi dua tiga hari. Hati ibu mana yang tahan tunggu 2 atau 3 hari. Keesokan harinya balik dari Hospital Kunak singgah ke Gurdian Giant, Tawau membeli Clear Blue Digital dan hasilnya saya mengandung 1-2 Minggu. Yeah  next year ada baby baru, terus rindu bau baby.

Yeah ada insan kecil dalam rahimku saat ini


Balik sahaja dari Tawau saya pergi Poliklinik Permai doktor itu kata saya negatif lepas itu dia kata rahim saya kosong. Geramnya diriku ini, punya exited dia boleh kata saya ini tidak mengandung. Nampakkan betapa saya menantikan c kerdil ini, hehehe. Disebabkan saya kerja di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan saya pergi sahaja Jabatan Pesakit Luar dan jumpa doktor cakap saya mahu buat Urine Test untuk mengandung terus doktor periksa cycle saya dia kata kalau saya positif saya 5 minggu 2 hari sudah.

Alhamdulilah saya disahkan positif


Alhamdulilah saya di sahkan hamil dan bermulalah episod berjumpa dengan Jururawat Masyarakat (JM) di KKIA selepas doktor arahkan saya buka buku pink ini.

Buku Pink Kedua Saya

Saya pulang semula ke Sandakan atas sebab sepupu saya melangsungkan pertunangan 23.12.17 dan adik saya pula 24.12.17 kalau tidak disebabkan mereka ini mungkin saya masih di Tawau meneruskan kerja-kerja hakiki.

Pertunangan Sepupu Lia & Apiz
Pertunangan Adik Tina & Turky



SAAT CEMAS DI AWAL KEGUGURAN 

Perancangan awal selepas pertunangan mereka saya akan meneruskan kerja dan akan terbang semula ke Tawau pada 26.12.17. Namun perkara yang tidak dijangka adalah saya mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Isnin, 25.12.17 sampai tembus darah pada katil. Saya sudah terbiasa susukan Azib Zahin sebelum tidur dan dia menyusu dengan sangat lasak. Memang kalau ibu-ibu menyusu tahu situasi ini. Atas ke bawah, kiri ke kanan lepas itu berdiri duduk lagi. Sabar sahajala tapi saya gembira dengan moment itu. 

Selepas saya bersihkan diri, tukar cadar dan bersihkan tilam yang terkena darah itu. Suami membawa saya  terus ke kecemasan Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut. Saya positif ja mungkin pendarahan ini akan berhenti dan ini disebabkan badan saya terlalu penat sahaja sepanjang kerja keras saya 2 bulan ini. 

Masa di kecemasan ini mau tiga orang doktor melakukan pemeriksaan lanjut terhadap saya. Kelebihan Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung bila bawa pergi kecemasan terus di layan doktor sebab di anggap critical event. Semua doktor hairan saya buka buku awal sebab pengalaman mengandung pertama saya 5 minggu 6 hari saya sudah ada buku pink, jadi saya rasa tiada masalah buka buku awal. Cuma doktor hairan sebab buku di buka tanpa ada scan kandungan bayi hanya mengharapkan Urine Test. Dipanjangkan cerita tiga orang doktor scan saya sampai ke pinggang dorang masih tidak nampak kantung bayi. Sehinggalah saya di hantar ke Gynae Ward untuk scan bayi dari servik.

Muka pasrah doktor godek-godek badan


Disebabkan scan dari atas tidak nampak kantung scan dari servik guna alat yang panjang ini


Alhamdulillah masih ada harapan ada kantung 4W2D cuma tidak nampak nadi jantungnya

 
Kantung bayi sebesar setangah cm sahaja


Sebelum ke kecemasan saya sudah tukar satu Pad sederhana dengan kuantiti darah penuh satu pad. Pulang dari kecemasan di beri ubat 4 sekawan lepas itu saya di bagi rehat 3hari dan saya sambung cuti 2 hari, saya kembali masuk kerja pada 02.01.2018, Selasa.



MUNGKIN INI INSAN KERDIL DI RAHIMKU

Sepanjang rehat tu saya tukar 3 Pad satu hari, macam period biasakan? Hal ini berterusan sepanjang 4 hari saya berehat di rumah tidak buat kerja-kerja berat.

Saya pasrah apa pun ketentuannya, saya cuba berhentikan Azib Zahin menyusu sebab dia sangat lasak menyusu tapi dia menangis sampai tiada suara, tidak sampai hati keibuan ku ini. Saya pun menangis juga dalam situasi itu, sambil pujuk dia menyusu balik sampailah dia tertidur. Biarlah kalau belum rezeki ku, saya pasrah dengan apa yang ada sudah ini. Sayangilah dia jangan di sia-siakan.

Hari Ke2 darah tidak berhenti keluar & ada ketulan ini, hati keibuan ku menyatakan inilah c kerdil dalam rahimku


Pada hari Ke4 keluar ini saya percaya ini kantung kandungan 4W 


PENGESAHAN SAYA KEGUGURAN

Selepas darah berhenti selama 4 hari saya ke klinik panel tempat kerja saya iaitu Klink Shariani, Sandakan pada 28.12.2017, Khamis dan memberitahu keadaan semasa saya. Saya juga memberitahu hasrat untuk meihat kandungan saya dan Dr. Shariani mengesahkan rahim saya kosong. Kalau di ikut pengiraan saya kandungan 4W5D dan kemungkinan besar tidak dapat dilihat melalui scan dari atas perut dan masih mengharapkan yang ada harapan lagi walaupun 50/50 dan mungkin gambar di atas yang saya anggap bayi dan kantung tu silap.

Uterus Kosong


Pada 02.01.2017, Selasa saya kuatkan hati beli Clear Blue Digital sekali lagi dan beberapa UTP berlainan jenis untuk mengesahkan kehamilan. Kali ini kalau ini negatif biarlah terima sahaja, sedih menangis biarlah hari ini sahaja. Tujuan saya buat UTP kali ini sebab kerja hakiki saya bukan senang dan bukan ringan dengan situasi mahu jaga kandungan yang 50/50 ini sangatlah susah kalau tiada kata putusnya disebabkan reviewku di Pakar O&G pada 16.01.2018, Selasa satu waktu yang amat panjang untuk ditunggu. Keputusan UTP seperti di bawah:

Not Pregnant Anymore


Sedih sebenarnya terima kenyataan dan berita ini tapi saya sudah janji hari ini saya tahu hari ini ja sedih, hari ini sahaja saya menangis. Kena usaha lagi untuk baby girl, CHAIYOK-CHAIYOK. Semalam 11.01.2018, Khamis saya mengalami pening yang teramat, hampir seharian saya pening. Saya pergi ke klinik panel yang lain pula Klinik Syifa, Sandakan walaupun saya tahu saya tidak berisi lagi saya tetap bawa buku rekod ibu untuk memberitahu doktor situasi saya. Dr Masni seperti biasa melakukan ultrasound untuk ibu mengandung dan jawapan yang sama rahim kosong. Seterusnya membuat UTP dan didapati negatif seperti yang sedia maklum dan Doktor Masni memberikan time slip untuk memberi saya laluan untuk berehat.

Time Slip untuk berehat 


Dua orang doktor telah mengesahkan keguguran saya dan saya cuma perlu menunggu keputusan rasmi dari Pakar O&G pada 16.01.2018, Selasa depan dan boleh memulakan sesi Berpantang bersama Shaklee. I tak sabar mahu minum VIVIX 😍.


Lots of Love,
Ibu Lina
013-8151827
Pengedar Sah Shaklee 

Comments

  1. tabahkan hati ibu lina, inn sha allah akan ada rezeki lain selepas ini.. bole cuba lagi, rehat dengan ckup ya, berpantang baik2..

    ReplyDelete
  2. beautiful sharing dear.. sy pun pernah mengalami keguguran. cerita pun lebih kurang.. cuma sy sedar sy pregnany 5 minggu lebih cth hari ini, esoknya baby jatuh. tapi.. syukur sebulan lepas tu sy pregnant semula berkat pantang cara org lama dan tidak lupa isi kelompangan nutrisi. sekarang baby mau masuk 6 bulan sda...

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah mengalami situasi begini. Saya cek urine test guna UPT 2X positif. Tapi bila cek dgn doktor negatif. Masa tu bulan puasa. Doktor kata mungkin sebab air kencing pun kurang dan waktu sudah petang jadi result boleh jadi negatif dan scan tak nampak. Tak lama selepas tu, period saya turun dan rasa sakit sangat seperti mau beranak. Bila cek urine mmg negatif dah. Belum rezekinya masa tu. Selepas itu, Allah gantikan 2 org lagi cahaya mata. Sekarang tgh menunggu hari utk bersalin anak yg ke 4. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Sebak kak baca. Huhuhu.. insyaAllah lepas ni Allah bagi rezeki lagi besy ya Lina. Taka careee...

    ReplyDelete
  5. andu bah... semoga cepat dapat rezeki yg baru ya. jaga kesihatan betul2

    ReplyDelete
  6. Moga cepat2 dapat baby girl y di nanti.

    ReplyDelete
  7. Be strong n take care Lina. Sy pernah rasa keguguran 2x memang sedih tp don’t give up in shaa Allah ada rezeki lagi lepas ni

    ReplyDelete
  8. Be strong sis.. inshaa Allah ada rezeki lagi lepas ni

    ReplyDelete
  9. Be strong darl, insyahallah azib akan ada rezeki punya adik.. Semoga dipermudahkan semuanya.. Ibu azib kuat ����������

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts