Kebaikan Penyusuan Ibu

Banyak jenama susu formula dikeluarkan di pasaran namun tetap gagal menyamai susu ibu yang lengkap dan seimbang secara semulajadi. Penyusuan susu ibu telah lama diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).


Kebaikan Penyusuan Ibu terbahagi kepada dua untuk Bayi dan Ibu.

Untuk Bayi
1.     Memberikan pemakanan sempurna mengikut perkembangan bayi.
2.     Mengandungi protien, lemak, dan omega-3 yang mudah hadam untuk perkembangan fizikal dan dan mental secara optimum.
3.     Merangsang perkembangan otak dan sistem saraf.
4.     Mengandungi antibiotik yang boleh melindungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit seperti cirit-birit, jangkitan paru-paru dan lain-lain.
5.     Menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak.
6.     Melindungi bayi dari alahan.
7.     Mengurangkan risiko penyakit usus (nectotising enterolitis) di kalangan bayi pra matang.
8.     Mengurangkan kerosakan gigi dan membantu perkembangan rahang dan otak.
9.     Mengurangkan risiko kematian mengejut di kalangan bayi.
10.   Mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.


Untuk Ibu
1.     Mengurangkan risiko barah payu dara, serviks dan ovari (rahim).
2.     Membantu pemulihan dan melangsingkan tubuh badan dengan lebih cepat kerana hormon oxitocin mempercepatkan pengecutan rahim.
3.     Menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu membuat susu dan mencuci botol susu.
4.     Memungkinkan  penurunan insiden osteoporosis dan penyakit jantung.
5.     Penyusuan ibu secara eksklusif melewatkan kedatangan haid, sekali gus membantu menjarakkan anak secara semulajadi.
6.     Penyusuan yang tiada had masa pada bayi dan memberi kepuasan yang menyeronokkan di samping menunaikan kewajipan sebagai seorang ibu.


Kebiasaan bayi akan diletakkan berdekatan dengan ibunya selepas dilahirkan bagi merapatkan hubungan ibu dan anak, seterusnya merangsang pengeluaran susu. 

Kebanyakan ibu tidak dipaksa menyusukan bayi mereka sebaliknya mereka memilih untuk menyusukan selepas mendengar sendiri penerangan tentang kebaikan dan manfaat susu ibu pada bayi dan mereka sendiri. Negara kita Malaysia telah menggalakkan kempen penyusuan di semua hospital kerajaan seluruh Malaysia.


10 Langkah Menjayakan Kempen Penyusuan Kementerian Kesihatan Malaysia
1.     Mengadakan polisi bertulis berkaitan penyusuan susu ibu untuk dimaklumkan kepada semua kakitangan perubatan.
2.     Melatih semua kakitangan perubatan untuk mendapat kemahiran dalam penyusuan susu ibu bagi melaksanakan dasar tersebut.
3.     Memberitahu kepada semua ibu mengandung tentang dan pengendalian penyusuan susu ibu semasa temujanji memeriksa.
4.     Membantu ibu memulakan penyusuan ibu dalam tempoh sejam selepas kelahiran bayi.
5.     Menunjuk ajar kepada ibu cara memberi penyusuan susu ibu dan cara mengekalkan laktasi walaupun bayi diasingkan daripada ibunya.
6.     Bayi tidak diberikan makanan atau air selain daripada susu ibu, kecuali berkaitan masalah perubatan.
7.     Mengamalkan agar bayi sentiasa berada di sisi ibu 24 jam selepas kelahiran.
8.     Menggalakkan penyusuan ibu pada bila-bila masa.
9.     Tidak memberikan bayi puting tiruan untuk bayi yang menyusu susu ibu.
10.   Mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk ibu-ibu yang menyusukan bayi kepada mereka waktu dibenarkan keluar hospital.

Banyak tanggapan yang salah tentang susu ibu, namun yang demikian termaktub di dalam Al-Quran menggalakkan penyusuan bayi sehingga usia 2 Tahun. Sebenarnya penyusuan ibu melibatkan kawalan minda (mind set) 90% dan gajet 10% (pump susu, supplement dan pemakanan). Secara semulajadi susu ibu keluar selepas mendapat rangsangan dari pada bayi bukannya rangsangan dari pump susu, milik booster, supplement mahupun makanan yang ibu ambil untuk menghasilkan air susu. 

Secara jujurnya saya sendiri banyak belajar dari satu kumpulan tertutup di dalam Facebook iaitu #bfmember. Kumpulan sokongan penyusuan ibu ini mempunyai 6 orang Admin dan ahli 72k ahli setakat hari ini. Kumpulan sokongan ini terbuka kepada golongan hawa sahaja boleh tekan pada gambar di bawah untuk mendaftarkan diri menjadi ahli mengikut T&C yang telah ditetapkan oleh Admin Group tersebut.



Saya akan usaha bantu ibu di luar sana dengan berbekal ilmu dan pengalaman yang ada Insyaallah di sini ada entry saya Cara Saya Berkenalan Dengan Shaklee melalui Set Penyusuan Ibu Shaklee.

Sekiranya perlukan bantuan atau apa sahaja pertanyaan tentang dunia penyusuan mahupun pertanyaan tentang produk bolehlah menggunakan medium seperti di bawah. 
๐Ÿ“ฒ Massage/Whatsapp: +60138151827
๐Ÿ’ป Fb: Norkarlina Binti Khairul Ariffin
๐Ÿ’ป Fb Page: Supplement Ibu Lina
๐Ÿ“ธIntagram: supplementibulina
๐Ÿ†” 1218151

FREE CONSULTATION 'Cara Pengambilan' & 'Cara Berniaga'. Jangan lupa rebut peluang ini.


Kita ada team INDUK SHAKLEE yang paling besar di MALAYSIA #iReachFamily..

Merupakan Team Shaklee Terbesar di SABAH #PolluxFamily..
Saya Leader Terhebat di bawah Legasi #FrequencyFamily..

Pos Laju/GDX - Seluruh Malaysia

Bus/Teksi - Seluruh Sabah
COD - Sandakan/Telupid/Area Berdekatan


Comments

  1. Impian saya dapat bf anak sampai 2tahun ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can do it kak...mula2 fikir mustahil...tp suda mula xmau berhenti..hehe

      Delete
  2. Alhamdullilah sy berjaya bf kan anak sy sehingga 2tahun

    ReplyDelete
  3. fighting for 5 years breastfeeding!! biar org kata apa pasal bf anak yg ptg feeling menyusukan anak tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul...cabarqnnya masa awal2 mengandung baby boy ni lasak sikit menyusu

      Delete
  4. Saya mahu susukan baby sy sehingga 2tahun dengan set penyusuan shaklee ni

    ReplyDelete
  5. Set penyusuan shaklee ni bantu banyakkan susu ibu

    ReplyDelete
  6. banyak benefit penyusuan susu ibu ni untuk ibu dan anak.

    ReplyDelete
  7. Info yang menarik๐Ÿ˜€.Tq atas perkongsian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts