Tips Rambut Cantik Seperti Artis Korea

Setiap wanita pasti mengimpikan rambut yang sihat, cantik dan bersinar. Rambut walaupun pendek mahupun panjang dan berombak tetap kelihatan cantik jika sihat dan dijaga rapi. Mungkin ramai yang berhijab namun masih mementingkan kecantikan rambut.

Tips-tips di bawah  mungkin dapat membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan terawat.

1.      Jangan bergantung kepada alat pengering rambut untuk mengeringkan rambut.
Udara panas yang dihasilkan daripada alat itu akan menyebabkan kekeringan pada batang rambut. Elakkan dari selalu menggunakan alat pengering rambut dan gunakan pada waktu tertentu sahaja, misalnya untuk menghadiri majlis dan sebagainya.


 2.      Sinar matahari juga boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan kering.
Sekiranya banyak menghabiskan waktu diluar yang berdepan dengan cahaya matahari, sediakan payung atau topi untuk melindungi rambut.


 3.      Lakukan trim rambut sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
Ini bagi membuang hujung rambut yang kering dan rosak supaya rambut baru yang sihat dapat tumbuh dengan lebih sempurna.  

4.    Rambut yang basah harus diuruskan dengan lebih berhati-hati. 
Teksturnya lebih rapuh dan mudah patah dan bercabang. Hindarkan menyikat, menggosok  rambut dengan tuala  atau mengikat rambut apabila selesai menyempu rambut. Tunggu sehingga rambut anda benar-benar kering.


 5.      Pemilihan pewarna rambut haruslah di titik beratkan.
Sekiranya teringin untuk mewarnakan rambut di rumah mahupun di salun, pilihlah produk pewarna yang formulanya selamat. Bukan sahaja mampu melindungi rambut baik ketika proses mewarna dan selepas mewarna. Sebaiknya bertanya kepada jurujual ataupun pendandan rambut terlebih dahulu.   

6.      Gunakan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut.
Pemilihan syampu penting untuk menghindari daripada kerosakan. Bagi rambut yang kering, sebaiknya gunakan syampu yang banyak mengandungi ‘ceramide’ untuk melembab dan menguatkan rambut. Sekiranya memiliki rambut normal dan ingin nampak lebih bersinar dan bermaya, pilihlah syampu yang diperkaya dengan vitamin E dan B.
 

7.      Rawatan intensif apabila rambut berkelemumur.
Pilih syampu yang formulanya mengandungi mentol atau zink dan lakukan rawatan intensif. Sekiranya rambut diwarnakan haruslah berhati-hatilah memilih syampu antikelemumur kerana tidak semua formula sesuai dengan rambut berwarna.


 8.      Mengunakan pelembab dan perapi.
Apapun jenis rambut anda, pelembab dan perapi tetap diperlukan. Gunakan perapi ketika bersyampu dengan menyapu pada rambut bukan digosok pada kulit kepala. Selepas beberapa minit bilas sehingga benar-benar bersih supaya tidak menyebabkan kelemumur pada kulit kepala.


 9.      Memerlukan diet seimbang.
Rambut yang sihat dan cantik juga bergantung kepada diet yang seimbang. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan rambut kering, kusam dan gugur. Keguguran rambut mungkin disebabkan kekurangan kalsium dan protein pada pemakanan seharian. Gaya hidup kita juga mempengaruhi hormon seterusnya rambut yang tumbuh.  



Salam Sayang,
Ibu Lina 
013 815 1827
Pengedar Shaklee Sandakan Sabah 

Comments

Post a Comment

Popular Posts