Panduan Memohon Kebenaran Berkahwin Bagi Bakal Pengantin

Entry kali ini di tulis disebabkan tahun ini Norkartina, Wan Syaza Lieya & Nur Syafinah yang besar bersama-sama akan menamatkan zaman bujang dorang. Tahun paling sibuk bagi keluarga besar Muhamad Awang Damit setelah 4 tahun tiada yang melansungkan perkahwinan ini kali jalan sekali 3 orang bulan Jun, Ogos dan November.

Tiada yang lebih indah selain mengakhiri hubungan cinta dengan ikatan perkahwinan. Menghitung hari detik di satukan mengundang seribu debar dan kegelisahan. Selain sibuk membuat pelbagai persiapan menyambut hari bahagia, perkara penting yang perlu diuruskan adalah mendapat surat kebenaran untuk berkahwin, mengikut kursus praperkahwinan, mencari saksi, menetapkan hari, memaklumkan kepada kadi atau jurunikah serta mempunyai wali.

Perkahwinan pula terbahagi kepad dua jenis. Pernikahan biasa, lelaki bujang dan gadis, duda dan juga janda. Pernikahan duda dan janda harus disertai dengan surat cerat atau surat mati.

Sementara pernikahan yang disyaratkan mendapatkan kelulusan mahkamah di bawah enakmen Undang - Undang Keluarga Islam bil. 4/87 Pindaan 1998 adalah seperti berikut:
  • Pernikahan poligami.
  • Pernikahan bawah umur (di bawah 16 bagi perempuan dan di bawah 18 bagi lelaki).
  • Pernikahan janda berhias dalam perjalanan idah.
  • Pernikahan mualafah tanpa wali.
  • Pernikahan anak luar nikah.
  • Pernikahan anak angkat (yang walinya tidak diketahui kedudukan).
  • Pernikahan mana-mana perempuan yang tiada wali (sebab nasab/keturunan), tiada yang layak menjadi wali mengikut hukum syarak.
  • Pernikahan mana-mana perempuan yang walinya ghaib, tidak diketahui kedudukannya sama ada hidup atau mati.
  • Pernikahan mana-ana perempuan yang mana terbukti walinya diketahui tempat tinggalnya berada lebih 2 marhalah (100 kilometer) tetapi sangat sukar untuk dihubungi oleh mana-mana alat komunikasi lisan dan bertulis.
  • Pernikahan atas sebab ‘wali enggan’.





LANGKAH-LANGKAH MEMOHON SURAT KEBENARAN BERKAHWIN

LELAKI


Langkah A
  • Dapatkan borang permohonan di pejabat agama mengikut alamat kad pengenalan (jika tidak dapatkan surat sokongan). Jika menetap di Kuala Lumpur boleh gunakan bil air dan elektrik. Bagi berkerja di Selangor dapatkan sokongan menerusi ketua kampung.
  • Sertakan sijil kursus pra-perkahwinan (Jabatan Agama Islam Negeri/Jakim/JPM).
  • Surat akuan bujang yang boleh di perolehi daripada daripada majilan atau pesuruhjaya sumpah. Jika duda sertakan surat cerai/mati.
  • Salinan kad pengenalan: 1 salinan untuk pemohon, 1 salinan untuk pasangan & 1 salinan untuk dua orang saksi

Langkah B
Pengesahan borang permohonan:
  • Perlu dibuat sebulan sebelum tarikh ijab kabul/selepas berjumpa penolong pendaftar kawasan/imam jurunikah.
  • Bawa bersama perkara di Langkah A seperti di atas.
  • Bawa 2 saksi (saksi pengesahan borong tidak perlukan di Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Sarawak). Tapi ikut pengalaman lalu saya tidak bawah pun saksi boring Cuma bawa salinan IC dorang sahaja.
  • Tandatangan di hadapan penolong pendaftar/imam/jurunikah

Langkah C
Surat kelulusan/kebenaran berkahwin:
  • Ke pejabat kadi daerah (bagi mendapatkan surat kelulusan/kebenaran berkahwin).
  • Bawa bersama perkara di Langkah A seperti di atas.
  • Buat pembayaran untuk mendapat surat kelulusan/kebenaran dengan resit rasmi kerajaan.

Langkah D
·    Serahkan surat kebenaran berkahwin kepada pasagan perempuan 



PEREMPUAN


Langkah A
  • Semua sama seperti pihak LELAKI ada 4 perkara
  • Surat kebenaran berkahwin daripada pasangan lelaki

Langkah B
Pengesahan borong permohonan:
Semua sama seperti pihak LELAKI


Langkah C
Surat kelulusan/kebenaran berkahwin:
  • Ke pejabat kadi daerah (bagi mendapatkan surat kelulusan/kebenaran berkahwin).
  • Bawa bersama perkara di Langkah A seperti di atas.
  • Buat pembayaran untuk mendapat surat kelulusan/kebenaran dengan resit rasmi kerajaan.
  • Bagi sesiapa anak sulung perempuan, mereka akan interview dahulu sebab banyak kes anak luar nikah.

Langkah D
Serahkan kedua - dua surat kebenaran berkahwin kepada jurunikah kawasan di mana pernikahan akan dijalankan atau kadi daerah sekiranya bernikah di pejabat kadi.




Selesai sudah semua perkara di atas insyaallah pasangan yang merancang berkahwin bolehlah menamatkan zaman bujang. Semoga bermanfaat untuk semua yang sedang menguruskan permohonan kahwin tahun ini. Semoga semua urusan di permudahkan.


Salam Sayang,
Ibu Lina
013 815 1827
Pengedar Shaklee Sandakan, Sabah

Comments

Post a Comment

Popular Posts